Awal Bismillah pembuka kata,
Salam dan Selawat buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, ini adalah penulisan pertama saya untuk dicoretkan di dalam blog ini. Bukanlah tujuan utama saya untuk hanya mempromosi dan berjual beli sahaja, tetapi untuk sama-sama berkongsi dengan pembaca pengalaman saya.
Kotak Mary Kay dihantar terus ke pejabat
Minggu lepas saya telah mengambil keputusan untuk menyertai keluarga Mary Kay dan semalam mereka telah menghantar satu kotak besar ke pejabat. Jadi minta tolong husband untuk collect dulu. Husband tanya ada apa dalam kotak besar tu. Berat. Hihi..
Jadi apa yang ada dalam kotak tu ? Balik rumah buka dan tengok ada sebuah beg cantik. Boleh buat beg balik kampung ni. Dalam tu ada katalog dan set timewise yang memang saya dah pakai sebelum ni. Sebelum ni pakai age-fighting moisturizer sahaja tapi boleh cuba 3 in 1 Cleanser, CC Cream dan juga foundation. Seronoknya tak sabar nak cuba.
Beg Mary Kay lengkap
Selain tu mereka ada bagi sample. jadi sesiapa yang nak cuba saya boleh bagi try sesuai ke tak. Ye la kalau tak sesuai pun susah juga kan. Kalau sesuai dan ok dengan kulit muka dan ditambah berpuas hati, boleh la order ya.
Sample yang diberi untuk percubaan.
#ilovemarykay #antipenuaan #sayajualmarykay